Notis Perlindungan Data Peribadi (PDPA)
Berkuatkuasa pada
8 Jun 2025
Terakhir dikemaskini pada
8 Jun 2025
PENGENALAN
PTTI GROUP SDN. BHD. mengambil berat mengenai perlindungan data peribadi anda. Notis ini menjelaskan bagaimana PTTI GROUP SDN. BHD. memproses data peribadi anda bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan pemusnahan serta langkah keselamatan yang kami ambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi sebaiknya.
PENGUMPULAN
Kami mengumpul data peribadi iaitu nama, alamat rumah, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor pengenalan anda.
SUMBER PENGUMPULAN
Kami mendapatkan data peribadi anda daripada:
- Borang pendaftaran kelas di laman sesawang rasmi syarikat www.ptti.my
- Borang pembelian melalui laman sesawang onpay
- Dari aplikasi TikTok, Instagram, dan Facebook
- Dari boring pendaftaran kelas pihak ketiga seperti typeform, google form, tally.so
TUJUAN PENGUMPULAN
Kami mengumpul data peribadi anda untuk:
- Memproses permohonan anda untuk membeli produk atau servis kami serta dokumentasi dan penerbitan.
- Menghantar produk kami kepada lokasi pilihan anda
- Penyediaan sokongan pelanggan serta pengendalian pertanyaan dan aduan
- Menghantar pemasaran dan promosi baru berkaitan program, seminar dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda (dengan persetujuan baharu)
- Penyediaan perkhidmatan pendidikan seperti pemantauan kehadiran, prestasi akademik dan rekod pembelajaran pelajar.
BAGAIMANA DIPROSES
Kami memproses data peribadi anda hanya di dalam Malaysia sahaja. Tiada data peribadi yang dipindahkan ke luar Malaysia.
PENZAHIRAN
Kami akan menzahirkan data peribadi anda kepada:
- Kakitangan PTTI yang diberi kuasa serta tenaga pengajar PTTI.
- Pihak kurier dilantik bagi menghantar produk yang dibeli oleh anda
- Penyedia system dan platform teknologi yang dilantik.
- Pihak berkuasa untuk tujuan undang-undang (Juruaudit, penasihat professional dan perunding Syarikat).